RESEPI PUDING TRIFLE YANG SANGAT MUDAH!

ASSALAMUALAIKUM,

Tiba-tiba tengah malam ni ada idea nak kongsi resepi puding trifle. Sebenarnya puding trifle ni bukannya payah tapi antara rajin dengan malas je. Jadi, hari ni aku nak kongsi cara-cara membuat gaya orang yang "sibuk" atau erti kata lain, MALAS.

PUDING TRIFLE




BAHAN-BAHAN:

- kek gulung ( perisa pandan is the best one)
- buah campuran
- tepung custard
- serbuk agar-agar
- susu full cream / susu cair
- gula putih / susu pekat manis / stevia / gula perang
- esen vanilla
- air (jika perlu)

CARA-CARA:

1) Mula-mula sekali potong kek gulung dan susun ikut kretiviti, macam aku susun bagi penuh dan padat sebab senang buat dalam satu bekas tu je. Kalau ada lebih lagi, makan je terus kek tu sebab perisa pandan memang sedap...huhu



2) Lepas tu, kita sediakan bahan untuk buat sos custard iaitu tepung custard, susu full cream, susu pekat manis, sedikit esen vanila dan air secukupnya. Kuantiti bahan semuanya bergantung banyak mana kita nak buat sos. Tepung custard tu memadai 2 sudu besar paling banyak untuk sebiji kek gulung. Masukkan kesemuanya ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

peringatan: kacau tepung custard dengan air kosong terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk bagi mengelakkan ketulan tepung di dalam sos.



3) Seterusnya tuang sos custard ke dalam bekas yang berisi kek gulung yang telah disusun.



4) Mandikan kek gulung tu dengan rata ye. Lagi banyak lagi berlemak puding trifle tu.



5) Susun buah campuran yang dalam tin, nak guna buah segar pon boleh tiada masalah.



6) Seterusnya masukkan serbuk agar-agar ke dalam air dan panaskan sehingga mendidih. Jangan letak banyak sangat serbuk agar-agar nanti keras macam nak buat agar-agar yang orang kahwin pulak. 1 sudu kecil dah cukup.





7) Akhir sekali, tidurkan dia di dalam peti sejuk/chiller.



SELAMAT MENJAMU SELERA :)

Comments

Popular posts from this blog

HARGA BERPATUTAN & SEDAP SANGATTTTT DI " AZEE CAFE PUNCAK JALIL "